Rise Up

Aku dah agak. Sem 3 ni kena sediakan mental dengan fizikal. sempit. Sempit sebab mara tak masuk lagi. Aku takde laptop sendiri. camera dslr lagi laa. Papa mama tak dapat tanggung aku. dapat tanggung aku pun duit belanja 100 ringgit. Ya Allah, lepas ini apa ujian aku bakal aku jalani? cukup ke 100 ringgit untuk aku sara hidup aku sendiri? Ya, memang aku dah mula rasa malu nak minta duit kat papa mama. tapi terpaksa. jalan terpaksa ni laa aku dah tak boleh buat pilihan yang lain sementara duit pinjaman tak masuk lagi. Maafkanlah anakmu ini. Dan bermulalah aku terpaksa berkorban. aku terpaksa menyusahkan diri aku. aku terpaksa lalu semua ni sorangsorang. jalan terbaik aku..

Cari part time kat kedai berdekatan dengan rumah sewa aku. aku harap dapat terima aku dengan hari aku free. Ya Allah, kalau ini jalan terbaik buatku. Maka Kau permudahkanlah hambaMu laksanakan. Aamiin. aku dari dulu sampai sekarang aku tertanya-tanya. Kenapa aku nak gi sambung belajar sedangkan papa mama dah tak dapat nak tanggung aku? kenapa dari dulu aku tak terfikir? kenapa sekarang baru terdetik nak berhenti belajar sebab menyusahkan mereka untuk cari duit lebih untuk aku? ....Nak berkahwin pun bukan jalan terbaik. takde calon 1. kalau suami aku student macam aku gak? teruk gak jadinya. 

kalau jalan terbaik aku cari part time kerja. aku redha. aku taknak jadikan situasi ini terpaksa. Sebab aku tahu, aku bukan daripada keluarga senang. minta mak ayah terus dapat. aku kena cari jalan sendiri, usaha sendiri. aku kena ulangi balik zaman aku lepas spm nak beli smartphone untuk kesenangan diri. kerja di mcd dari siang ke malam mengalahkan bangla di kilang. Tapi Alhamdulillah, aku dapat juga beli walaupun bukan smartphone yang mahal tapi memandai bagi aku. 
[ 0 comments ]