2021 im about to upload new post


Assalamualaikum, terasa lama gila tak update blog ni. bila baca balik yang lama terasa kelakar pula xD tak sangka aku propa dulu xD kini tidak lagi.. mungkin faktor umur dan surrounding? and i become person that hard to express my feelings, silent, lack of communcation, nak borak pun taktahu nak borak apa. I hope i meet people can accept my bad and my lack. Ada memang ada, tapi kenapa tak perempuan? kenapa lelaki? 😂 

Firstly lelaki memang jujur habis bila nak sampaikan sesuatu. Perempuan bukan aku nak cakap dia teruk. aku tahu bukan semua. dalam berjuta kau jumpa dalam 3 orang gitu. ada luck kau jumpa lah yang baik.. aku lah yang selalu takde luck jumpa yang baik, susah senang bersama, bila salah member tetap stay. haa ni memang aku kerap jumpa and selalu jadi kat aku lah. Jadi aku terima jela. kalau tak terima macam mana fix it then be better kan? tapi up to you lah. ada pendirian and akal, perasaan kan. Tak semua boleh terima apa kau kata tu. I also try ma best to get in people to get good connection and communication for my future. 

Tak lupa Allah SWT. Ni terpaling kena jaga. Nak jadi semua IzinNya. Papepun kembalilah pada Yang Esa. Pohonkan doa apa yang kau mahu, minta jagakan ihsan yang kau sayang, jauhkan bala, ancaman syaitan daripada ihsan yang kita sayang. Kurniakan lah Afiyah kepada hambamu yang lemah ini. Minta dipermudahkan segala kesulitan yang kita hadapi ini. 

 So 2021 umur pun dah 25 banyak benda terjadi dan ia main emotional. Tulah, dah besar ni main emosi pula kan 😅 jenis aku pula dah laa agak kuat juga sentap. mungkin hati tisu. Aku nak pesan kat diri sendiri, orang kondem ke apa ke kuatkan lah semangat, dan lupakan je terus orang cakap tu. Dan doalah minta dipermudahkan segala urusan dan kurniakanlah Afiyah kepadaku, hambamu yang lemah ini. Post kali ni aku update apa yang aku nak luahkan. Umur kian meningkat ni banyak lagi kena explore and will go to next level like ada family sendiri. Jadi doakan aku permudahkan, lancarkan segalanya pada hari kita nikah kita tetapkan. Aamiin. To my future husband, and in counting, sepanjang kita kenal, banyak kita lalui, suka duka, pengalaman pahit dan manis, yang tak mahu berulang lagi minta dijauhkan dan dilindungi oleh Allah Ya Muhaimin. Maaf pada future husband aku, aku selalu berulang benda yang sama yang kau tak suka. Mungkin aku nak perhatian dan kau penat sebab kau kerja malam nak tidur. hahaha maaf ya. Moga baik baik saja semuanya. Aamiin.

Papepun, pkp ni.. moga cepatlah habis dan beransur pulih. Aku nak bercuti and rehat minda ni. Pulau Kapas, Gunung Kinabalu. Aku datang! Sama sama Doakan kita panjang umur dapat sampai ke sana In Sya Allah.

[ 0 comments ]