To Forget I'm Missing You (Homesick)
Assalamualaikum 2015! maaflah barubaru ni nak menyambutnya. Birthdayy dah lepas dan sekarang aku harus menerima hakikat yang aku dah tamat zaman persekolahan. Okayy dah lama aku tak update blog ni. Aku dapat tawaran kptm kat johor, diploma graphic design. Okayy. Aku accept. Kiranya aku update blog ni dah habis sem 1. ahaks. Cuti semua kawan budak kolej semua enjoy. kecuali aku je kerja. aku pun taktahu asal rajin sangat aku ni. hati aku tak senang bila dah selesa dengan kedudukan sekarang ni. banyak lagi aku kena belajar untuk uruskan hal bila papa mama tidak bersama dengan aku. aku kena sedar umur aku makin meningkat dan banyak benda baru aku kena belajar. Ya Allah, bersamalah dengan aku. Janganlah biarkan hambamu yang lemah ini sedang berseronok berkejaran di duniawi. Cuti sem pun nak habis. tinggal sehari je then fly ke johor. Hmmm. tapi.. sungguh.. hati aku berat nak tinggalkan semua ni. Mungkin sebab tempat kerja baru ni. Adess tolongggggg. kenapa semua tempat kerja aku buat benda yang sama? tapi ni lain. aku baru juga kerja kat situ dalam sebulan lebih dah ngam dengan semua staff kat situ. Alhamdulillah. Aku bersyukur ada orang yang mengambil berat tentang aku selain daripada keluarga aku. 

Diaoranglah staff Lovely Lace Home at Main Place USJ 21. Kak Yati, Kak Fatin, Kak aisya, charlotte, Abang Afiq, Abang akmal and last abang adha. Tapi 2 orang aku sayang dah resign. Namanya kak aisya dengan abang afiq. Mahu jugak laa sunyi kat kedai tu takde diaorang. Kadangkadang meleleh jugalah bila dikenang masa chrismas ada buat promotion kat bawah. Rindu nak tiup talkie talkie time kacau diaorang buat kerja. rindu dengan speaker jiran kita popular bukak lagu 'love me harder' apa lagi. abang afiq suka laa. dia minat kira taksub jugalah dengan ariana grande ni sebab kecomelan dia. hahah maafmaaf! and sebelah kiri pulak the cream fudge icecream. aku suka kacau adik kerja situ. nafiz namanya. tapi lagi sedap panggil syed. tapi nafiz laa lain sikit ye nok. Dia baru lepas spm ambik course sastera. Goodluck ambik result nanti ;3 

Sepanjang aku kerja situ macammacam laa planning makan kat luar and karoke. Bila dikenang ni aku jadi rindu. Nilah buat aku susah nak aman kat johor. Sebab aku kat johor memang pendiam. Susah nak rapat dengan orang selain classmate. Tapi aku nak berterima kasih kat staff Lovely Lace Home ni. Terima Kasih kerana sudi mencipta memori dengan aku dan memberi keyakinan untuk mencuba rezeki di tempat dekat dengan rumah aku. Kalau tak aku asyik kerja nak dekat dengan sekolah aku je sebab ramai kawan aku disana, 


Okayy. Ni yang first time and first try planning staff lovely lace home makan kat luar at portklang. Tanjung Harapan. Okayy meh aku kenalkan dari barisan belakang kiri paling hujung. Tu abang afiq, abang adha, abang akmal. barisan depan pula dari hujung kiri tu kak aisya, aku, kak fatin, kak yati and charlotte. Time ni sambut birthdayy kak yati. Birthdayy woman yang belanja aku selera betul makan. Alhamdulillah rezeki. Semoga akak dimurahkan rezeki :') Happy Birthdayy kakkk! maaflah baru nak sambut sekarang. Stay smile and sihat eh kak. adik lama lagi nak kerja dengan akak ;'( 

Ni pula planning makanmakan kat HR Steak at kampung bharu KL. Alhamdulillah. Jadi akhirnya untuk makan kat sana. Ni kak aisya belanja. And citer ni dah lepas 2 atau 3 hari baru aku tahu kak aisya yang belanja. Ya Allah. yang aku tahu makan je ;( Terima kasih kak belanja, adik suka makanan western ;') 

Hah. Ni lepas makan HR Steak terus gerak gi tasik berdekatan. terkejut bila kek terpacak kat atas meja ;< tulis kat kek tu nama aku pulaa tu. Okayy tu memories in 5 january. aku ingat lagi. terima kasih akak akak abang abang :( susahsusah je ;( tak pernah rasa suprise macam ni ;( Alhamdulillah. and tak lama lagi kak fatin punya birthdayy. 17 january. tapi aku takde kat sisi diaorang. Maaf kak. kalau boleh adik nak sentiasa disisi akak akak abang abang semua ;( fahamilah isi hati adik. adik sebak nak tinggalkan semua ni. bukan adik suka tinggalkan kamu semua. Adik sekarang ni tengah fikir tentang kita. Bila abang akmal resign. kak fatin transfer, kak yati sudah berumah tangga bolehkah kita bertemu lagi? ye, aku dah tahu jawapannya. Hanya Allah yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu merancang. Aku tak rasa puas nak menaip. Terlalu.. banyak aku nak kongsi. blog, Maafkanlah aku menaip kau dengan tangisan yang penuh pendam selama ini. Aku harap mereka dapat rasakan apa yang aku rasa :") Assalamualaikum.

[ 0 comments ]