Is anybody out there?
Engkau. Masa depan aku, Bukan kau pegang, bukan kau kuasai. Tak kisahlah kau ni dianugerahkan boleh tengok nasib masa depan aku jadi tunggang langgang tapi kau kena ingat nasib aku bukan kau yang ditentukan. Tak heranlah kau nak mengata buruk fasal aku kat orang. Terutama darah daging aku. Tak apa, Aku terima. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin, kau tak sedar apa yang kau cakap tu akan 'reflect' kat kau balik. Sama ada cepat atau lambat. Ya Allah, aku terima. Aku redha. Mungkin dah tiba masanya aku diberi rezeki untuk mencuba pengalaman lain. Walaupun disana meludah meninggalkan benda kesat untuk aku teruskan hidup, Aku tetap teruskan perjalanan hidup dengan tabah. Niat aku nak teruskan ini hanya semata-mata kerana Allah SWT, Rasulullah SAW, Papa mama. Perjalanan hidup aku masih panjang, aku perlu belajar berdikari. Aku perlu belajar tabahkan diri untuk menghadap ujian Allah. Aku perlu belajar nasihatkan diri sendiri supaya aku tidak bersangka buruk dengan apa yang terjadi pada diri aku sekarang ni. Aku perlu belajar lenyapkan sikap riak, tamak, tak kedekut dalam diri aku dan sentiasa rendah diri dengan usaha yang aku diperolehi. Aku dah semakin dewasa. Tanggungjawab dah tak sama macam aku yang hingus dulu. Makin besar tanggungjawab yang aku perlu jalankan. Semoga aku dipermudahkan segala urusan. Amin.
[ 0 comments ]